Azam Dan Planning 2017


Assalamu'alaikum...hai


 credit to google

Setiap kali hadirnya tahun baru pasti ada azam yang menyusul. Siap buat wishlist berkajang-kajang, tapi yang terlaksana tak sampai satu kajang pun. Itu zaman kanak-kanak, bila cakap pasal azam sibuk nak tulis segala benda. Jika tak terlaksana pun tak jadi masalah, bahagia je.

Sehingga bertahun-tahun kebelakangan ni, saya tak pernah letakkan sebarang azam. Saya cuma berharap kami sekeluarga adik beradik murah rezeki, sihat sentiasa dan hidup bahagia. Betul...apapun yang berlaku saya tempuh je. Bersangka baik dengan Allah.



Tapi sejak ber'shaklee', tahun ni 2017 tiba-tiba je berazam macam-macam. Walaupun dah masuk bulan kedua 2017, saya nak kongsikan azam dan planning saya untuk tahun ni

Azam saya adalah untuk berjaya dalam bisnes shaklee supaya saya ada banyak duit. Nak banyak duit kerana apa? Kerana saya ada macam-macam plan.


Planning 2017

NAK BERJAYA DALAM BISNES SHAKLEE DAN ADA DUIT YANG SANGAT BANYAK

supaya saya

* bebas hutang - tak kira apapun jenis hutang , sikit ke banyak

* boleh tolong adik beradik

* boleh tolong saudara mara terdekat yang susah

* boleh up kan amount zakat

* boleh besarkan rumah

* dapat buka yayasan untuk bantu orang susah - nama yayasan dah ada

* dapat buktikan duduk rumah pun boleh berjaya dan kaya. Tahu teknologi bukan katak bawah tempurung.


Ini impian saya yang pastinya akan ada dalam wish list setiap tahun mulai sekarang. Saya harap impian ini dapat direalisasikan dan dipermudahkanNya. InsyaAllah..doakan saya.


Terima kasih kerana sudi baca impian yang tak seberapa, moga ianya turut menjadi inspirasi buat anda.




Nak cuba produk Shaklee?
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

iedanoor
SMS / WhatsApp : 012.392.3099
@
http://www.wasap.my/60123923099

Facebook : Syahida Noor

FB Fanpage : Nota Vitamin

IG : @iedanoor_mynotavita
@notavitamin

Pengedar Shaklee Puncak Jalil - Bandar Kinrara - Sri Petaling
Bandar Jengka - Jerantut
dan seluruh Malaysia



Happy Sharing Happy Reading


No comments:

Post a Comment