Cara Mengatasi dan Mengurangkan Simptom Alzheimer Dengan Berkesan


Assalamu'alaikum...hai

Alzheimer atau lebih dikenali sebagai nyanyuk merupakan penyakit yang disebabkan oleh keradangan kronik yang melibatkan neuron otak atau sel-sel saraf. Ia adalah penyakit yang berkaitan dengan kematian sel otak yang menyebabkan daya ingatan semakin berkurang, penurunan kemahiran berfikir dan masalah kognitif yang lain.




Gejala Alzheimer adalah berbeza antara setiap individu. Masalah ingatan di dalam kehidupan seharian mungkin merupakan tanda-tanda awal penyakit Alzheimer. Seseorang individu mungkin mengalami satu atau lebih gejala Alzheimer pada tahap yang berbeza.


Tanda-tanda gejala Alzheimer.


1. Masalah ingatan yang mengganggu kehidupan seharian.

Salah satu tanda yang biasa bagi penyakit Alzheimer adalah hilang ingatan (memory loss). Mereka tidak dapat mengingati maklumat-maklumat baru. Antara lain adalah lupa tarikh atau peristiwa penting, meminta maklumat yang sama berulang kali, semakin memerlukan bantuan untuk mengingat seperti nota atau bantuan ahli keluarga untuk perkara yang pernah mereka lakukan.

2. Menghadapi kesukaran dalam merancang atau menyelesaikan masalah.

Sesetengah individu mengalami perubahan dalam kebolehan mereka untuk membangunkan dan mengikuti pelan atau bekerja dengan nombor. Mereka mungkin menghadapi kesukaran dalam menumpukan perhatian atau mengambil masa yang lama untuk melakukan sesuatu berbanding sebelum ini.

3. Kesukaran menyelesaikan tugasan biasa di rumah, tempat kerja atau pada masa lapang.

Individu yang mengalami Alzheimer mendapati mereka sukar untuk menjalankan tugasan harian. Kadang-kadang mereka mempunyai masalah untuk memandu ke lokasi biasa, menguruskan kewangan di tempat kerja atau mengikuti peraturan permainan.

4. Keliru dengan masa atau tempat

Mereka akan lupa akan tarikh, musim dan peredaran masa. Menghadapi masalah memahami sesuatu dan kadang-kadang terlupa di mana mereka berada atau bagaimana mereka boleh sampai di sana.



5. Mengalami masalah dalam memahami imej visual

Bagi sesetengah individu mereka mungkin mengalami masalah untuk membaca, menilai jarak dan menentukan warna yang boleh meyebabkan masalah jika mereka memandu.

6. Masalah dengan perkataan dalam percakapan atau penulisan.

Individu Alzheimer mempunyai masalah mengikuti atau menyertai sesuatu perbualan. Mereka akan berhenti ditengah-tengah perbualan dan tidak tahu bagaimana untuk meneruskannya. Mereka mengalami kesukaran dalam mencari perkataan yang betul atau kesilapan menamakan sesuatu.

7. Lupa atau salah letak barang

Kadang-kadang mereka akan lupa atau salah letak barang di tempat-tempat yang bukan kebiasaan dan tidak menjumpainya. Keadaan ini akan berlaku lebih kerap dari masa ke semasa.

8. Membuat penilaian yang lemah

Individu ini mengalami perubahan dalam menilai dan membuat sesuatu keputusan. Sebagai contoh, mereka kurang memberi perhatian terhadap dandanan atau kebersihan diri.

9. Menarik diri dari kerja atau aktiviti sosial

Mereka mengelakkan untuk terlibat sama dengan aktiviti sosial, hobi atau sukan kerana perubahan yang mereka alami.

10. Mood dan personaliti berubah

Mereka menjadi keliru, mencurigakan, tertekan, takut atau cemas. Mudah kecewa dengan keadaan dirumah, atau di luar zon selesa mereka.


Rawatan yang boleh membantu pesakit Alzheimer


Buat masa ini, tiada rawatan khusus untuk Alzheimer. Tetapi kajian masih dijalankan untuk mencari rawatan bagi membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit Alzheimer.

Memberi sokongan dan mewujudkan persekitaran yang selamat

Menyesuaikan keperluan hidup adalah salah satu bahagian penting dalam mana-mana pelan rawatan Alzheimer Mengukuhkan rutin harian dan meminimakan kerja yang ada kaitan dengan mengingat boleh menjadikan hidup mereka lebih mudah.

Senaman

Aktiviti seperti berjalan kaki setiap hari boleh membantumeningkatkan mood dan mengekalkan kesihatan otot, sendi dan jantung. Pastikan mereka membawa pengenalan diri jika berjalan seorang diri.

Rawatan alternatif

Pelbagai rawatan herba, vitamin dan makanan tambahan lain. Antara rawatannya adalah :

Asid Lemak Omega-3
Boleh membantu mencegah penurunan kognitif. Merupakan blok binaan kepada Eicosanoids (hormon yang mengawal sifat sel), merupakan super hormon yang mempunyai pelbagai fungsi.

Curcumin
Herba yang berasal dari kunyit yang mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan yang mungkin memberi kesan kepada proses kimia dalam otak.

Gingko
Tiada kesan dalam mencegah atau melambatkan penyakit Alzheimer.

Vitamin E
Walaupun tidak berkesan kepada pesakit Alzheimer, tetapi pengambilam 2000UI membantu melambatkan perkembangan gejala demensia.


Alzheimer, ikhtiar dengan vivix


Vivix merupakan minuman botani yang mengandungi Polygomun Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya polifenol mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Vivix bertindak dalam 4 cara

-   memperbaiki DNA
-   mengurangkan keradangan
-   meningkatkan pengeluaran tenaga
-   menghalang pengumpulan protin AGE (bendasing yang terhasil dari lebihan gula dan protin)

Manfaat Vivix


-   membantu mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer
-   menyokong kesihatan sendi
-   kesihatan menyeluruh
-   perlindungan antioksidan
-   menyokong sistem imun






Mereka yang sudah cuba berikhtiar dengan vivix

 

Testimonial 1



"Mother in law ada simptom macam nak ke arah Alzheimer. Selalu kalau sembang dengan dia mesti ulang-ulang kali cakap benmda yang sama. Lupa. Tapi alhamdulillah lepas 2 botol vivix, vitamin E. Semakin baik ingatan. Cakap sekali je dah ingat. Syukur"







Dapatkan vivix anda sekarang!!

http://mynotavita.blogspot.my/p/daftar-ahli.html


Saya ingin membantu anda.
Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi saya.



http://www.wasap.my/60123923099
https://www.facebook.com/iedanoor
https://www.facebook.com/notavitamin





Happy Sharing Happy Reading




Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.



1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Menarik sungguh cara penulisan Puan..keep it up :)

    Bahayakah Penyakit Bell's Palsy

    ReplyDelete