Kenapa Perlu Amalkan Suplemen Tambahan Dalam Kehidupan Seharian


Assalamu'alaikum...hai

Anda selalu makan sayuran dan buahan atau anda tidur secukupnya atau kekal terhidrat? Maka anda tidak memerlukan vitamin tambahan, kan?

Jawapannya salah. Kerana apa? Kerana badan anda masih perlu mengambil suplemen tidak kira berapa sihat gaya hidup anda. Kebanyakkan orang yang sihat, yang tidak mengalami krisis kesihatan mempertikaikan, kenapa perlu ambil suplemen atau vitamin tambahan.


Suplemen adalah makanan tambahan. Makanan yang kita makan setiap hari tidak mempunyai nutrien yang mencukupi, oleh sebab itu kita perlu ambil suplemen untuk menambah kekurangan tersebut.

Bagi mereka yang sihat mengambil suplemen adalah untuk mengekalkan kesihatan dan menambah baik imun badan kerana mencegah lebih baik dari mengubati.

Sebagai contoh, di dalam susu terdapat kalsium. Bagi mereka yang suka minum susu itu tidak menjadi masalah untuk mendapatkan sumber kalsium tetapi bagi mereka yang tidak minum, tidak suka minum susu atau alah dengan susu, alternatif lain yang lebih mudah untuk mereka dapatkan sumber kalsium adalah melalui pengambilan suplemen kalsium.

6 sebab kenapa anda perlu ambil suplemen.


1. Pengurangan Mineral Dan Nutrien Dalam Tanah.

Walaupun anda makan secara sihat, diet berasaskan tumbuhan dengan buahan dan sayuran yang datangnya dari tanah tetap tidak mempunyai kandungan mineral yang mencukupi, melainkan anda makan dari tumbuhan organik. Apabila tanah digunakan berulang kali, kandungan mineral di dalam tanah akan berkurangan dari masa ke semasa.

Teknik pertanian moden yang menggunakan baja juga mengurangkan kandungan mineral yang penting dalam tanah. Pertanian bergantung kepada unsur-unsur di dalam tanah untuk menyerap jumlah mineral yang betul. Jika proses ini terganggu, pokok sayuran dan buahan tidak mengandungi mineral penting lagi.

2. Keupayaan Badan Untuk Menyerap Nutrien.

Semakin usia kita meningkat, keupayaan badan kita untuk menyerap nutrien penting akan berkurang dan juga penghasilan enzim yang diperlukan untuk mecerna dengan betul dan mengasimilasi makanan yang kita makan. Ubat-ubatan juga boleh menggangu penyerapan nutrien yang betul.

3. Makanan Yang Di Proses

Penuaian secara kormesial, proses penghantaran, penyimpanan makanan jangka panjang (makanan dalan tin), pemprosesan makanan dan pengawet makanan merendahkan kandungan nutrien dalam makanan. Berbeza jika anda makan makanan yang segar. Di samping itu, makanan yang ditambah MSG, gula tiruan (saccharine), pewarna dan perisa tiruan akan menambahkan keperluan nutrien dalam badan untuk menangani kerosakan yang diperolehi dari bahan tersebut.

4. Memasak Makanan Terlalu Lama

Memasak makanan terlalu lama menyebabkan nutrien di dalam makanan hilang. Ini adalah kerana nutrien tidak tahan terhadap kepanasan melampau.

5. Pemakanan Yang Tidak Sihat.

Ramai antara kita selalu melangkau waktu makan, makan tidak ikut masa dan ini menyebabkan badan tidak mendapat nutrien yang sepatutnya.

6. Sistem Imun Yang Lemah.

Stress + stress + stress. Tidak perlu dipersoal lagi, kita semua menjalani kehidupan yang sibuk dan ada di antara kita lebih sibuk dari yang lain. Dengan komitmen terhadap keluarga, tempat kerja, komuniti dan sebagainya membuatkan hidup terlalu tertekan akan melemahkan sistem imun anda. Dengan pengambilan suplemen boleh membantu meningkatkan kembali imunisasi badan anda dan memberi nutrisi yang diperlukan secara optimum.


Dalam dunia hari ini, semua orang memerlukan suplemen dan vitamin tambahan. Pengambilan suplemen juga membantu mencegah penyakit dari berlaku.
Persoalannya bukan berapa banyak suplemen yang diperlukan untuk mengelakkan diri dari jatuh sakit tetapi sebanyak mana anda perlukan penjagaan kesihatan yang optimum.


Dapatkan suplemen dan vitamin anda sekarang!!
klik pada gambar
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ff36b41817811eaa7d22ac0b6b435c77
http://mynotavita.blogspot.my/p/daftar-ahli.html



Saya ingin membantu anda.

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi saya.


http://www.wasap.my/60123923099
https://www.facebook.com/iedanoor
https://www.facebook.com/notavitamin





Happy Sharing Happy Reading



Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.


1 comment:

  1. Setuju. Zaman sekarang supplemen adalah suatu keperluan untuk menyokong hidup sihat.

    ReplyDelete