10 Diet Pemakanan Untuk Anti Penuaan Anda

Assalamu'alaikum..hai

Boleh dikatakan semua orang tak kira perempuan mahupun lelaki inginkan kulit yang sentiasa muda, licin tanpa tanpa sebarang kedutan. Walaupun anda tidak boleh hentikan proses penuaan tetapi anda boleh memperlahankan proses tersebut.

Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan di usia tua adalah makan dengan betul.





Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk badan anda supaya ia boleh berfungsi sepertimana ia sepatutnya berfungsi. Anda perlu menjaganya dengan baik.


Kunci ke arah diet yang sihat


Anda mungkin tahu asas diet yang sihat seperti pengambilan buah-buahan dan sayuran, protein, bijiran penuh, makanan tenusu dan kurang garam.

Berikut adalah antara makanan yang membantu mereka yang ingin makan secara sihat.

Air

Air kurang dihargai. Kebanyakan warga tua tidak minum air secukupnya. Badan kita memerlukan air secukupnya. Jika kekurangan air kita akan mengalami dehidrasi dimana akan merasa keletihan, sakit kepala dan sembelit.



Blueberi

Kaya dengan antioksidan yang dapat mencegah atau meminimumkan kerosakan sel-sel badan dengan nutrien yang memberi manfaat pada tubuh.

Serat

Pengambilan serat dari sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh membantu mengawal sistem pencernaan anda. Ia juga membantu menurunkan kolestrol, tekanan darah dan mengurangkan risiko diabetis.

Ikan Salmon

Mengandungi asid lemak Omega-3 yang tinggi. membantu mencegah penyakit jantung dan strok. Cuba untuk makan sekurang-kurangnya 2 hidangan seminggu.


Minyak zaitun

Kajian menunjukkkan penurunan kolestrol jahat (LDL) dan peningkatan kolestrol baik (HDL) di kalangan mereka yang mengamalkan minyak zaitun dara tambahan (extra virgin olive oil).

Yogurt

Sakit tulang membuatkan anda apabila sudah berusia. Yogurt adalah sumber yang baik untuk mendapatkan kalsium untuk membantu mengekalkannya pada tahap minimum. Dapatkan yogurt yang diperkaya dengan vitamin D, yang membantu penyerapan kalsium. Yogurt juga membantu anda mencerna makanan anda.

Coklat Gelap(Dark chocolate)

Coklat gelap merupakan coklat yang tinggi kandungan koko yang membuatkan rasanya sedikit pahit. Coklat gelap kaya dengan antioksidan flavonoid yang membantu menurunkan risiko diabetis type 2, penyakit ginjal, hipertensi, meningkatkan keupayaan otak dan mencegah platlet dari bergumpal. Ia juga membantu memperbaiki sel kulit dan melindungi dari kerosakan akibat sinaran UV.

Tomato

Makanan yang tinggi lycopene seperti tomato, boleh membantu melindungi anda dari kanser prostat dan membantu mencegah kanser paru-paru. Kajian menyatakan bahawa tomato yang dimasak atau diproses akan lebih banyak lycopene.

Brokoli

Mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidan, juga kaya dengan serat.

Kekacang

Disarankan mengambil 1 auns hidangan seminggu bersamaan 24 badam, 18 cashew sederhana, 12 hazelnut, 35 kacang tanah.

Semakin usia kita meningkat, kondisi badan turut berubah. Bukan hanya keadaan fizikal badan tetapi cara tubuh bekerja turut berubah. Sebagai contoh, sistem penghadaman yang sudah tidak seperti dulu, kurang pengambilan air, deria rasa yang makin berkurangan mungkin disebabkan pengambilan ubat-ubatan membuatkan anda tiada keinginan untuk makan.
Berbincanglah dengan doktor anda mengenainya, idea dan pendapat mereka mungkin boleh membantu anda.


Vivix dan Anti-Penuaan


Vivix merupakan minuman botani yang mengandungi Polygomun Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya polifenol mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Kajian secara saintifik dan klinikal, vivix berupaya menyumbang kepada faedah-faedah berikut:

- Melindungi dan memperbaiki sel DNA
- Melambatkan proses penuaan
- Memanjangkan umur sel tubuh
- Meningkatkan imuniti badan






Dapatkan vivix anda sekarang

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a6104a16f4c583147e53daee7fcb4550
 

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1234730



Saya ingin membantu anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

http://www.wasap.my/60123923099
https://www.facebook.com/
https://www.facebook.com/notavitamin






Happy Sharing Happy Reading


Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.



2 comments:

  1. iya, minum la air masak sebanyak dan sekerap yang mungkin sehari.
    abaikan minuman bergula.

    ReplyDelete
  2. banyakkan makan tomato kulit jadi mulus

    ReplyDelete