Kenali Simptom PCOS Dan Atasi Dengan Cara Semulajadi


Assalamu'alaikum...hai

Pernahkah anda membaca atau mendengar tentang PCOS ? PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) adalah salah satu penyakit yang mengganggu kesuburan wanita dan menghantui mereka tetapi hingga kini tidak banyak tentang PCOS diperkatakan.

PCOS turut dikenali sebagai Sindrom Stein-Leventhal dimana gangguan hormon di kalangan wanita ketika berada di dalam waktu subur mereka yang memberi kesan terhadap proses ovulasi dan kitaran haid.




PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) merupakan penyakit ketidakseimbangan hormon dalam badan wanita di mana sistem hormon tidak stabil iaitu terdapat lebihan hormon lelaki (androgen) dan insulin menyebabkan ovulasi menjadi tidak tetap atau jarang (kitaran haid tidak teratur), obesiti, kemandulan, haid yang banyak dan berpanjangan, gangguan metabolisme gula dan kolesterol juga perubahan-perubahan lain dalam badan.

Ovari yang menghasilkan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron, di mana ovari yang normal menghasilkan sedikit hormon androgen (hormon lelaki). Apabila androgen dihasilkan lebih banyak daripada kebiasaan, maka akan berlaku gangguan pada hormon wanita. Inilah menyebabkan berlakunya penyakit PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)


Punca Dan Faktor Penyebab PCOS


Punca sebenar masih belum diketahui tetapi beberapa faktor boleh dikaitkan dengan PCOS :

Genetik

Pakar perubatan mengatakan penyakit ini ada kaitan dengan keturunan dari masalah genetik. Kebarangkalian mendapat PCOS tinggi apabila ada saudara perempuan yang mengalami sindrom ini. Tetapi ia tidak semestinya berlaku, pesakit perlu menjalani pemeriksaan untuk mendiagnos penyakit ini.

Pemakanan Yang Tidak Sihat

Menyebabkan pengumpulan toksin dalam tubuh yang menyebabkan kerosakan sel dari radikal bebas.

Peningkatan Berat Badan

Menyebabkan hormon tidak seimbang dan haid tidak teratur.

Sistem Imun Yang Lemah

Sistem imun gagal mengawal radikal bebas yang merosakkan sel



Simptom PCOS


Simptom PCOS adalah berbeza bagi setiap wanita antara ketara atau tidak terhadap pesakitnya. PCOS boleh dikenalpasti sekiranya terdapat simptom-simptom berikut:

  • Kitaran haid tidak teratur. Tidak datang haid atau haid yang tidak tetap. Sukar untuk hamil.
  • Apabila haid datang darah terlalu banyak atau sangat sedikit.
  • Tidak selesa pada bahagianperut
  • Tumbuh bulu lebat pada bahagian muka seperti misai, dada dan bawah abdomen.
  • Jerawat yang teruk dan berulang
  • Keguguran berulang
  • Kulit menjadi lebih gelap
  • Rambut gugur, botak seperti lelaki
  • Tekanan
  • Kenaikan paras gula
  • Gemuk atau obesiti




Risiko Jangka Panjang Kesan PCOS


  • Kolesterol tinggi
  • Peningkatan risiko diabetes melitus
  • Hipertensi
  • Tingkatkan risiko sakit jantung atau kardiovaskular jika ada kencing manis dan darah tinggi
  • Kemurungan
  • Masalah tidur
  • Kanser rahim jika sering tiada haid


Diagnosis PCOS


PCOS boleh didiagnosis dengan cara berikut. Jika dua dari tiga kriteria ini dipenuhi doktor akan mengesahkan pesakit menghidapi PCOS.

Ujian darah pada hari kedua atau ketiga ketika datang haid - Untuk kitaran haid tidak teratur

Imbasan ultrasound - Untuk scan pelvis yang menunjukkan 'polycystic ovary'

Ujian tahap testosterone - Untuk menunjukkan hormon tidak seimbang atau berlebihan hormon lelaki.



Rawatan untuk Penghidap PCOS


Disebabkan PCOS penyakit sepanjang hidup, maka tiada ubat yang dapat merawatnya. Tetapi ia bergantung kepada keinginan untuk hamil dan usia pesakit. Pesakit juga perlukan motivasikan diri dan rawatan jangka panjang.
Antara rawatan yang boleh membantu adalah :

  1. Kawal berat badan, amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang supaya haid menjadi teratur.
  2. Pil perancang atau hormon untuk betulkan kitaran haid.
  3. Metformin - ubat kencing manis untuk pesakit berlebihan berat badan, kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.
  4. Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi seperti clomiphene atau Gonadotrophin
  5. Pembedahan ovarian-drilling- untuk pesakit yang resistant kepada ubat merangsang ovulasi


Ikhtiar Sihat PCOS dengan Viviv Shaklee


Walaupun PCOS tiada penawar kerana ia penyakit sepanjang hayat namun masih punya harapan untuk hamil, insyaAllah ikhtiar semampunya.

Vivix

  • Resveratrol dalam vivix merupakan antioksidan yang kuat melindungi sel-sel telur dari serangan radikal bebas untuk tingkatkan kesuburan.
  • Menghalag penghasilan androgen berlebihan
  • Memperbaiki kitaran penebalan dinding rahim
  • Mengurangkan saiz lemak
  • Tingkatkan sensitiviti sel tubuh kepada insulin untuk kawalan gula
  • Mampu memperbaiki sistem tubuh dan tingkatkan peluang untuk hamil



Pengalaman Ikhtiar Dengan Vivix


Testimonial



Sharing pengalaman sendiri

Saya ada PCOS, setiap hari kena ambil pil perancang untuk balancekan hormon dan 
control period keluar.
3 bulan stop ambil pil perancang period tidak keluar. Akhirnya periodku keluar dalam masa kurang dari 7 hari. Kebiasaannya 14 hari jugalah. Power of VIVIX belum sebotol pun habis. Alhamdulillah.


PCOS harus ditangani sebelum ia merebak dan menjadi lebih serius iaitu kanser rahim.

Sayangi diri anda




https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a6104a16f4c583147e53daee7fcb4550
http://mynotavita.blogspot.my/p/daftar-ahli.html



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

Setiap pembelian akan diberi konsultasi berterusan



http://www.wasap.my/60172494745
https://www.facebook.com/iedanoor
https://www.facebook.com/notavitamin
 






Happy Sharing Happy Reading





2 comments:

  1. terima kasih kongsi info bagus ni

    Jom ke www.maisarahsidi.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kongsi maklumat yang ada :)

      Delete