Ketahui Punca Dan Kaedah Rawatan Guillain-Barre Syndrome (GBS)


Assalamu'alaikum...hai

Mungkin kita terasa asing bila mendengar Guillain-Barre (Ghee-yan Bah-ray) Syndrome, kan?

Guillain-Barre (Ghee-yan Bah-ray) Syndrome (GBS) adalah penyakit yang datang tiba-tiba yang mengganggu sistem imun badan (autoimun) dengan menyerang dan merosakkan sebahagian daripada sistem saraf periferal iaitu saraf yang menghantar isyarat dari otak ke seluruh badan dan otot untuk bergerak disebabkan oleh jangkitan kuman virus.



Gangguan ini boleh menyebabkan otot tertentu tidak boleh digunakan sama sekali dan apabila keadaan makin teruk, boleh menyebabkan badan menjadi lumpuh. Dalam kes-kes gangguan yang mengancam nyawa ia berpotensi mengganggu pernafasan dan adakalanya dengan tekanan darah atau kadar denyutan jantung.

Punca Penyakit Guillain-Barre Syndrome (GBS)


Oleh kerana sindrom ini jarang berlaku maka puncanya masih belum diketahui. Namun kebiasaannya beberapa penyakit berjangkit seperti stomach flu atau jangkitan paru-paru boleh menyebabkan penyakit ini terjadi.
Pesakit yang menghidap penyakit ini jatuh sakit selepas mengalami cirit-birit atau jangkitan pernafasan. Gangguan ini disebabkan oleh tindak balas imun terhadap antigen asing seperti kuman dan virus dimana antobodi menyerang saraf dengan menyangka saraf sebahagian dari antigen tersebut.


Jangkitan bakteria Campylobacter yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan dan cirit-birit juga dikaitkan dengan Guillain-Barre Syndrome. Bakteria ini biasanya dijumpai dalam makanan yang kurang masak terutamanya ayam.
Penyakit ini boleh memberi kesan kepada sesiapa sahaja tetapi mengikut statistik ia dianggarkan 1 atau 2 dalam 100 ribu orang. Rawatan tertentu boleh mengawal dengan memendekkan tempoh serangan penyakit ini.


Gejala Penyakit Guillain-Barre Syndrome (GBS)


Antara gejala gejala Guillain-Barre Syndrome adalah :
  • Rasa kebas dan mencucuk seperti kejutan elektrik di bahagian kaki.
  • Otot menjadi lemah kemudian merebak ke bahagian atas badan dalam jangka masa yang cepat.
  • Tangan, bahu dan muka mula terasa lemah dan kebas.
  • Kesukaran untuk berjalan dengan stabil.
  • Selalunya menyerang saraf otak yang menyebabkan kesukaran untuk menggerakkan mata, muka, menelan, mengunyah atau bercakap.
  • Deria rasa, keseimbangan badan dan refleks lutut akan hilang.
  • Sakit pada bahagian belakang yang teruk.
  • Tidak dapat mengawal pundi kencing dengan baik.
  • Kadar denyutan jantung tidak normal
  • Kesukaran untuk bernafas.
  • Lumpuh.


Kaedah Rawatan Penyakit Guillain-Barre Syndrome (GBS)


Tujuan utama rawatan Guillain-Barre Syndrome (GBS) adalah untuk mengurangkan dan mengawal gejala dan tempoh penyakit daripada berpanjangan dan menjadi semakin teruk, juga untuk memastikan fungsi saraf dan tubuh pulih semula.

Ada dua jenis rawatan penyembuhan yang dilakukan di hospital iaitu


Plasmapheresis atau Plasma Exchange

Protein yang dihasilkan oleh sistem imun dipanggil antibodi yang akan menyerang antigen asing yang berbahaya seperti virus dan bakteria.
Rawatan ini adalah untuk mengeluarkan antibodi yang menyerang saraf darah. Darah akan dikeluarkan dari badan dengan menggunakan mesin. Mesin akan membuang antibodi darah dan darah dikembalikan semula ke badan.

Imunoglobulin Intravena

Dengan dos yang tinggi, ia boleh membantu menyekat antibodi Guillain-Barre. Ia mengandungi antibodi normal dan sihat daripada penderma.

Kedua-dua kaedah rawatan ini berkesan, berjumpalah dengan doktor pakar saraf untuk pengesanan awal supaya dapat dilakukan dan menentukan rawatan yang terbaik.

Ubat mungkin akan diberikan untuk melegakan kesakitan dan mengelakkan pembekuan darah dari berlaku. Terapi fizikal boleh dilakukan dan diteruskan supaya otot-otot kuat dan normal semula.

Kos rawatan untuk penyakit ini adalah masih sangat mahal seperti mana yang diketahui.


Ikhtiar Lain Untuk Guillain-Barre Syndrome (GBS)


Sepertimana yang kita ketahui, sindrom ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan antibodi atau autoimun badan yang melibatkan sistem saraf kita. Rawatan alternatif lain yang boleh membantu mengatasi sindrom ini ialah dengan mengamalkan Vivix Shaklee. 




Vivix merupakan minuman botani yang mengandungi Polygomun Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya polifenol mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Kajian secara saintifik dan klinikal menyatakan vivix berupaya menyumbang kepada faedah-faedah berikut:

  • Melindungi dan memperbaiki sel DNA dari serangan radikal bebas.
  • Melambatkan proses penuaan
  • Memanjangkan umur sel tubuh
  • Meningkatkan imuniti badan
  • Melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel-sel badan


Jadi, vivix bukan hanya dapat membantu masalah Guillain-Barre Syndrome (GBS) tetapi juga masalah-masalah penyakit SLE, Alzheimer, kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain sebagai ikhtiar untuk sihat.


Jangan tunggu lagi kerana sakit hanya menyerang dan tidak menunggu kita.



Dapatkan vivix anda sekarang !

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a6104a16f4c583147e53daee7fcb4550
 




Saya ingin membantu anda. Konsultasi akan diberi dengan setiap pembelian.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

http://www.wasap.my/60123923099

https://www.facebook.com/iedanoor

https://www.facebook.com/notavitamin





Happy Sharing Happy Reading



Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.


No comments:

Post a Comment