Menu Sahur Ringkas Mudah Berkhasiat Dan Kekal Cergas

Assalamu'alaikum...hai

Bangun seawal 4.30 pagi membuatkan ramai antara kita memilih untuk tidak makan sahur kerana tidak mahu terganggunya kenikmatan tidur. Ada pula yang bangun sahur tapi tidak berselera untuk makan disebabkan terlalu awal ditambah pula masih lagi mengantuk.




Bersahur merupakan amalan sunat dan juga sunnah Rasulullah SAW dan amat digalakkan bagi mereka yang berpuasa. Terdapat keberkatan di dalam bersahur dan dengan bersahur ia membezakan puasa orang islam dan bukan islam sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadith.


Sudah pasti ibu-ibu merupakan orang yang paling sibuk memikirkan pelbagai menu dan juadah untuk dihidangkan tidak kira untuk berbuka apatah lagi bersahur. Sebolehnya menu untuk bersahur adalah yang seringkas mungkin tetapi berkhasiat dan memberi tenaga.

Begitu juga mereka bagi yang masih bujang pasti inginkan makan sahur yang mudah, ringkas tapi berkhasiat.

Antara menu sahur yang ringkas tetapi mengenyangkan dan kekal cergas.


Kurma.

Kita semua tahu kurma mempunyai banyak khasiat, kaya dengan serat, sumber tenaga, sumber antioksidan danbaik untuk pencernaan. Ambil sekurang-kurangnya 3 biji bersama air masak.

Dengan merendamkan kurma bersama air dan dibiarkan semalaman kita akan mendapat air nabeez. Kurma juga boleh diminum bersama chia seed yang direndam dan dibiarkan semalaman. Juga boleh diminum bersama kurma yang telah dikisar bersama susu.

Telur.

Telur membekalkan sumber protein yang melambatkan rasa lapar juga beri tenaga sepanjang hari. Jadikan telur hancur bersama bayam, keju atau apa jua yang anda gemari diambil bersama roti tinggi serat, pasti ianya mengeyangkan.

Oat.

Oat kaya dengan serat yang mana akan memberi rasa kenyang lebih lama berbanding nasi atau mee. Campurkan oat dengan kurma, kismis, pisang atau strawberi.

Ikan

Sesekali bertukar dengan mengambil ikan yang dibakar atau dikukus juga pasti membuka selera diwaktu sahur. Malah ia protein yang mengenyangkan.

Apapun pilihan sajian sahur anda, sebolehnya elakkan garam, gula dan kafein yang membuatkan anda cepat letih dan dahaga.




Menu Sahur Alternatif Yang Mudah


Pasti dalam sebulan berpuasa kita akan tidak sedar atau terlewat untuk bangun sahur. Sedar-sedar masih berbaki 15 minit sebelum azan subuh berkumandang. Pastinya terkocoh-kocoh tidak sempat memikirkan hendak makan apa untuk bersahur selain kurma.

Sebagai langkah berjaga-jaga pastikan Set Mighty 3 Gems ini ada dirumah anda. InsyaAllah, pastinya anda sempat bersahur dan kekal cergas sepanjang berpuasa.


Dengan Set Mighty 3 Gems ini mampu mengekalkan nutrisi badan dan membekalkan tenaga sepanjang hari walaupun sedang berpuasa.


Ianya amat mudah disediakan kerana hanya perlu dibancuh, mudah dan cepat disediakan. Maka ambillah tanpa ragu.


Jangan tunggu lagi..Klik gambar dibawah untuk membuat pesanan anda.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3c1c7470facb4352b0484ae492cd5c21

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1234730


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, saya sedia membantu anda.

 

http://www.wasap.my/60123923099
https://www.facebook.com/iedanoor
https://www.facebook.com/notavitamin




Happy Sharing Happy Reading




Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.



No comments:

Post a Comment