Tips Penjagaan Berpantang Czer Agar Tidak Mengundang Komplikasi


Assalamua'laikum...hai

Berpantang selepas bersalin memerlukan jagaan rapi, terutamanya jika anda bersalin secara pembedahan atau Cesarean. Ia adalah perlu supaya ia dapat mengurangkan atau tidak mengundang komplikasi kronik dan sebagai langkah pencegahan dalam proses kehamilan dan berpantang yang akan datang.




Ada sesetengah pihak tidak mengambil berat tentang penjagaan dan amalan pemakanan selepas bersalin secara pembedahan, malah ada juga yang mengatakan bahawa ianya kolot. Tetapi ibu berpantang akan dikatakan tidak pandai menjaga diri jika berlaku komplikasi terhadap mereka.

Amalan berpantang dan menjaga pemakanan semasa berpantang tidak boleh dipandang remeh kerana jika tidak berpantang dengan betul, anda akan berasa tidak selesa dengan keadaan tubuh yang sentiasa berada dalam keadaan tidak sihat, mengalami mood swing. Oleh itu jagalah diri anda untuk diri sendiri, demi anak-anak dan suami.


Faktor Yang Menentukan Penyembuhan Luka


  • Saiz luka
  • Sel darah merah (hemoglobin) yang cukup
  • Tiada jangkitan kuman
  • Nutrisi atau zat makanan yang seimbang terutamanya protein
  • Masalah kesihatan


Penyebab Luka Pembedahan Lambat Sembuh


  • Kurang zat protein melambatkan proses penyembuhan luka
  • Kawalan gula dalam darah yang optimum cepatkan penyembuhan luka
  • Jauhi rokok kerana mengikut kajian rokok bukan hanya melambatkan penyembuhan luka tapi juga membantutkan proses pencantuman tulang yang patah, lemahkan sistem pertahanan badan, luka lebih terdedah kepada jangkitan kuman.


Tips Penjagaan Luka Pembedahan Cesarean


Luka pembedahan czer memerlukan jagaan yang lebih teliti kerana luka yang dijahit lebih besar dari luka bersalin normal supaya tidak risiko terkena jangkitan kuman, infection, bernanah dan sebagainya.
Proses penyembuhan mengambil masa yang lama kerana terdapat 6 lapisan jahitan yang tersembunyi di dalam. Antara perkara yang perlu dilakukan adalah :

1. Banyakkan berjalan secara perlahan untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko darah beku malah membantu proses penyembuhan luka. Minta bantuan jika tidak selesa atau tidak yakin.


2. Senaman kegel atau kemutan disarankan untuk bantu supaya otot faraj kembali kuat termasuk lantai pelvik dan mengurangkan risiko rahim jatuh.

3. Makan makanan berzat dan seimbang kerana banyak tenaga, protein dan darah yang hilang semasa pembedahan dan ianya perlu diganti semula agar tubuh kembali bertenaga.

4. Ambil makanan karbohidrat, lemak, makanan yang kaya protein, vitamin dan mineral.

5. Multivitamin yang ada zat besi bertujuan untuk menambah semula sel darah merah yang hilang. Ia penting untuk proses penyembuhan luka kerana ia membawa sel dan nutrisi yang terlibat dalam pembentukan tisu dan sistem imuniti badan supaya bertenaga, tidak pucat, susu meriah dan lawas.

6. Elakkan makanan berunsur sejuk seperti timun, tembikai, air sejuk.

7. Elakkan menyapu minyak atau sebarang ubat bagi mengelakkan luka menjadi lembap dan mendapat jangkitan.

8. Minum air  secukupnya 2-3 liter sehari terutamanya air suam, minum sikit-sikit tetapi kerap untuk pembuangan toksin, elakkan sembelit, kencing kotor, jangkitan kuman dan banyakkan susu ibu


9. Pastikan luka sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan kuman, jika tidak terkawal luka kelihatan merah dan berair atau luka terbuka segera berjumpa doktor

10. Seperti bersalin normal juga perlu pakai stokin untuk elakkan dimasuki angin

11. Gunakan bengkung yang lembut seeloknya yang berlilit berbanding korset untuk kurangkan rasa sakit semasa batuk atau bersin juga boleh gunakan bantal sebagai sokongan. Bengkung juga memberi sokongan kepada tulang belakang dan kurang angin dalam usus. Sila dapatkan kepastian dari doktor anda untuk penggunaan bengkung.

12. Menyusukan bayi boleh membantu rahim yang luka disebabkan pembedahan sembuh kerana setiap kali menyusu badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang membantu mengecutkan rahim juga membantu tubuh kembali langsing. Untuk menjayakan susu ibu selain pemakanan dan minum air adalah banyakkan berzikir.

13. Berurut seperti bersalin normal cuma kawasan jahitan tidak disentuh untuk menaikkan kembali rahim.

14. Selain berurut, anda juga boleh bertungku seluruh badan tetapi bukan pada bahagian perut dan kawasan pembedahan. ini adalah untuk membuang angin dan menghilangkan lenguh-lenguh.

15. Tidak melakukan aktiviti lasak seperti angkat beban berat selain bayi, berjalan secara perlahan, kaki tidak terlanggar apa-apa terutama ibu jari kerana rahim perlu dijaga rapi bimbang terjadinya rahim jatuh.

16. Tidak digalakkan mengambil jamu untuk bersalin czer kerana ia melambatkan proses penyembuhan luka disebabkan kandungan herba tertentu. Seperti saya doktor tidak menyarankan saya mengambil ikan haruan dan gamat.

17. Amalkan set bersalin atau berpantang tradisional mahupun moden yang boleh membantu agar badan sihat, bertenaga dan kekal cergas.


18. Sokongan moral dari ahli keluarga kerana bersalin czer tidak membolehkan anda beraktiviti lasak dan berlebihan



Pengalaman Berpantang Pembedahan Czer


Pengalaman saya bersalin dan mengamalkan set berpantang Shaklee sangat berbeza, badan bertenaga, lebih cergas walaupun tidak cukup tidur bila baby meragam rasa tidak seperti dalam pantang, susu meriah fully breastfeed, yang penting luka pembedahan cepat baik dan doktor cakap 'cantik'.

Selain mengamalkan suplemen, saya berpantang makan, berurut, bertungku semuanya ala-ala zaman dahulu, pada saya ia perlu. Mungkin ada yang mengatakan ianya kolot tapi kesan tidak berpantang dengan betul akan dirasai pada masa akan datang.


Set Berpantang Shaklee Optimum



Vivix

Mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan hingga ke peringkat sel.
Membekalkan tenaga
Membantu menurunkan berat badan


ESP Soy Protein Isolate Powder

Membantu membina sel untuk penyembuhan luka
Memperbanyakkan susu ibu
Membantu hilangkan strech mark semasa mengandung



Vita-Lea with Iron Formula

Memberikan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk ibu
Mengandungi zinc untuk membantu luka pulih dengan cepat



B Complex with Folic Asid

Membantu memberi tenaga dan kecergasan
Membantu mengelakkan tekanan dan masalah meroyan



Sustained Released Vita C Plus

Membantu luka pulih dengan cepat
Menguatkan sistem imuniti badan ibu dan bayi




Omega Guard

Memulihkan luka dalaman sebagai anti radang
Melancarkan perjalanan darah
Membakar lemak degil
Membantu perkembangan bayi




Alfalfa Complex

Kacip Fatimah atau jamu moden
Membantu memperbaiki masalah dalaman wanita
Sebagai milk booster, banyakkan susu ibu




Ostematrix

Menguatkan tulang
Memekatkan susu ibu
Menghilangkan lenguh-lenguh, sakit pinggang dan sakit badan
Tidur lebih lena





Lecithin

Membantu masalah bengkak susu
Menurunkan berat badan




Mereka Yang Berpuas Hati Dengan Set Berpantang Shaklee


Testimonial 1



"Saya pun breastfeed dan minum vivix. Saya czer dan pantang dengan vivix memang best. Start hari ke 5 baru consume vivix sebab lupa nak bawa pergi hospital. Vita C sahaja lepas boleh bangun after czer tu terus ambil. Seriously, muka tak pucat, tak letih, tak stress. tambah pantang sendiri pula tu, dengan jaga lagi seorang anak, baby takde kuning, susu meriah, luka czer cepat kering,
tak rasa sakit pun."
-Zati-


Testimonial 2


"Salam. Nak share la juga set pantang shaklee, memang terbaik + ostematrix. Now saya dah 31 pantang, luka bersalin alhamdulillah dah sembuh, rahim pun kecut cepat sangat berbanding first baby. Nak buang air besar pun takde rasa takut-takut lagi. Semua berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Before bersalin berat 63.5 kg, now dah 52.5 kg..hihi..bestkan dah turun 11 kg. Badan jadi cergas dan sihat saja. Selain itu ambil juga vitamin E, kulit dan rambut jadi lagi sihat saja. Thanks shaklee. lepas ini nak terus makan sampai bila-bila..hihi.."
-Anie Arie-








Luka Pantang Cepat Sembuh


Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar? from iReach HD on Vimeo.



Jagalah diri dan rahim anda sebaiknya. Dapatkan yang terbaik untuk diri anda.




Dapatkan set berpantang anda sekarang. Sila klik untuk membuat pesanan.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=937e55950b2f7c61e80237f72dafc94b
 
 http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1234730


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda.


http://www.wasap.my/60123923099
https://www.facebook.com/iedanoor
https://www.facebook.com/notavitamin





Happy Sharing Happy Reading




Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.


No comments:

Post a Comment