Tips Berbuka Puasa Dengan Cara Yang Sihat Elak Kemudaratan

Assalamu'alaikum...hai

Waktu berbuka adalah saat yang ditunggu-tunggu bagi semua orang yang berpuasa setelah seharian menahan lapar dan dahaga.
Lapar merupakan perkara biasa ketika puasa tetapi tidak bermakna kita makan semahunya sewaktu berbuka.



Berbuka dengan cara dan menu yang betul sangat penting untuk menjaga keperluan tubuh agar kuat dan sihat. Tubuh memerlukan makanan untuk mengembalikan tenaga yang hilang agar dapat melakukan ibadah di malam hari.


Beberapa tips berbuka puasa cara yang sihat untuk panduan bersama.


Menyegerakan Waktu Berbuka Puasa.

Ia merupakan sunnah Rasulullah SAW, jadi jangan menangguhkan waktu berbuka puasa anda.

Berbuka Cara Rasulullah

Rasulullah SAW berbuka dengan beberapa biji kurma basah jika tiada dengan kurma kering, jika tiada juga minumlah dengan seteguk air.


Seperti yang kita tahu kurma kaya dengan pelbagai zat dan merupakan tenaga segera dan makanan paling baik untuk perut yang kosong setelah seharian berpuasa. Ini akan memberi manfaat kepada perut di mana ia bertujuan untuk melancarkan sistem pencernaan.

Tidak Berlebihan Semasa Berbuka

Makan dan minumlah seadanya jangan berlebihan seperti ingin membalas dendam dek kerana perut yang kosong. Akibatnya perut menjadi terlalu kenyang menjadikan kita mudah mengantuk, sukar untuk bergerak hingga melambat-lambatkan ibadah yang seterusnya.


Salur pencernaan memerlukan masa untuk memproses makanan. Makan secara berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut.

Pilih Sumber Makanan Yang Segar

Elakkan pengambilan makanan yang diawet atau dijerukkan. Pilih makanan yang segar, kombinasikan sayur yang berwarna warni agar kelihatan menarik dan menyihatkan.

Pelbagaikan Kaedah Memasak

Sediakan pelbagai kaedah memasak seperti merebus, memanggang, mengukus dan menggoreng tanpa minyak. Manakala hidangan bergoreng dan berminyak perlulah dikurangkan.

Berbuka Dengan Makanan Yang Lembut Dan Manis

Kita dianjurkan untuk berbuka dengan yang manis. Pilih untuk makan makanan atau minuman yang lembut dan manis tetapi haruslah bersederhana.

Lebihkan Pengambilan Air

Banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi. Ambil makanan yang mudah dihadam seperti sup, jus dan bubur.


Makan Dan Minum Dengan Perlahan

Cara berbuka puasa yang baik dan sihat adalah berbuka dengan tenang, kunyah makanan dan teguklah minuman secara perlahan. Dengan cara ini memudahkan sistem pencernaan menerima makanan atau minuman yang kita ambil.

Moga dengan tips berbuka dengan cara yang sihat ini dapat diterapkan sepanjang berpuasa agar kesihatan kita terjaga dan bersemangat melakukan ibadah di bulan yang mulia ini.
Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT.


Kekalkan Tenaga dan Nutrisi Dengan Set Puasa Shaklee


Dengan set puasa Shaklee insyaAllah mampu membantu mengekalkan tenaga dan nutrisi sepanjang menjalankan ibadah puasa.




Dapatkan Set Ramadhan anda sekarang!!



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3c1c7470facb4352b0484ae492cd5c21
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1234730


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda.



http://www.wasap.my/60123923099
https://www.facebook.com/iedanoor
https://www.facebook.com/notavitamin
 




Happy Sharing Happy Reading



Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.



1 comment: